56 research outputs found

    Kepimpinan dalam novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS)

    Get PDF
    Novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) mula diperkenalkan pada tahun 2000. Ini bermakna, pelajar dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima wajib mempelajari novel sama ada aliran sains mahupun sastera. Dalam kajian ini beberapa buah novel menjadi pilihan. Pelbagai elemen positif cuba diterapkan dalam novel-novel tersebut, antaranya tentang kepimpinan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam novel-novel kajian ada elemen kepimpinan yang bermula daripada peringkat yang paling asas sehinggalah kepada peringkat tertinggi seperti kepimpinan dalam keluarga, kepimpinan remaja, kepimpinan guru dan seterusnya kepimpinan kampung dan daerah. Kepimpinan tersebut penting kepada golongan pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Mereka harus mengerti bahawa setiap kepimpinan daripada peringkat bawah sehingga ke peringkat atas mempunyai fungsi dan peranan masing-masing dan penting dalam pembentukan negara yang harmoni

    Malay short stories in the 19th century

    Get PDF
    This study focuses on the Malay stories collection which were found at KITLV (Koninklij Instituut Voor de Taal-Lan-en Volkenkunde or well known as the Institute of Royal Linguistic and East Hindia Dutch Anthropology) and the manuscripts at the main library in Leiden, Netherland. The study examines Malay stories collection from the perspective of community. The methodology uses the psychological approach by Maslow. Maslow stresses several principles like physiological need, guaranteed safety, love, self appreciation and self perfection. The results of the study showed that traditional Malay stories community whether concious or unconscious incorporated the psychological elements in the stories. Thus, it showed that human has distinctive needs in continuity of life

    Refleksi pembangunan sosiobudaya dalam novel-novel pilihan: apa kata remaja?.

    Get PDF
    Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan tentang kritikan sastera remaja. Kelompok yang berminat dengan sastera remaja diperkatakan, memperlihatkan jumlah yang sedikit. Persoalan kedudukan sastera remaja dalam perkembangan sastera di Malaysia menjadi tanda tanya sedangkan karya sastera remaja termasuk novel remaja mampu merangsang minda remaja. Kepelbagaian unsur yang terkandung di dalamnya mampu membawa kepada transformasi sosial dalam kehidupan dunia remaja. Namun apakah penyerapan mesej yang disampaikan oleh pengarang tersebut difahami dan sampai kepada khalayak remaja?Justeru dalam kajian ini pengkaji mengambil kira pendapat 100 orang remaja yang diambil secara rawak untuk mendengar pandangan dan persepsi mereka terhadap unsur pembangunan sosiobudaya yang terterap dalam 20 buah novel remaja yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

    Pengurusan konflik dalam cerita rakyat Nusantara abad ke-19

    Get PDF
    Konflik sentiasa bersama dan berkembang secara dinamik seiring dengan perkembangan manusia. Hal ini dapat dilihat dalam cerita rakyat yang berkembang sejak ratusan tahun yang lalu. Pelbagai pendekatan digunakan untuk menyelesaikan sesuatu pergaduhan, pertelingkahan, masalah dalaman manusia dan sebagainya dapat dikesan dalam cerita-cerita yang berkembang dalam masyarakat Melayu atas kesedaran kewujudan konflik merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan oleh individu ataupun masyarakat. Apa yang menarik perhatian pengkaji, pengurusan konflik sama ada secara langsung dan tidak langsung sudah wujud dalam cerita-cerita rakyat yang dikhaskan untuk golongan kanak-kanak. Cerita rakyat daripada perspektif kanak-kanak sudah dikumpulkan dalam bentuk manuskrip dan buku bercetak melebihi seratus tahun yang lalu dikhaskan untuk golongan kanak-kanak seperti yang terdapat dalam Kitab Pembatjaan, Soerat hikajat-hikajat jang baik laipoen bergoena di batja oleh anak-anak. (Surat hikayat-hikayat yang baik lagipun berguna di baca oleh anak-anak).. Cerita-cerita tersebut tersimpan kemas di Perpustakaan Utama di Universiti Leiden dan KITLV (Koninklij Instituut Voor de Taal-Lan-en Volkenkunde atau lebih dikenali sebagai Institut Di Raja Linguistik dan Antropologi Hindia Timur Belanda), di Belanda. Dalam kajian ini, beberapa cerita rakyat daripada perspektif kanak-kanak dipilih untuk meneliti pengurusan konflik yang terdapat dalam cerita. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kaedah tertentu yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi dalam pengurusan konflik

    Pemikiran dan Teknik Penceritaan dalam Novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat dan rumusan tentang pemikiran dan teknik penceritaan dalam novel-novel komponen sastera bahasa Melayu. Berdasarkan 20 buah novel yang dijadikan bahan kajian dengan menggunakan pendekatan psikologi dan etika ini diharap dapat memperkukuh kenyataan bahawa kedua-dua aspek ini mempunyai hubungan dengan manusia. Objektif kajian ini untuk menganalisa pemikiran yang diungkapkan oleh pengarang dan melihat kepelbagaian teknik penceritaan yang digunakan dalam novel-novel yang dikaji. Penyelidikan ini menyentuh beberapa kajian yang lalu, buku-buku dan kertas kerja yang memperkatakan pemikiran, teknik penceritaan dan bahan-bahan komponen sastera. Kajian ini juga menganalisis pemikiran yang merangkumi aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi dalam karya-karya pilihan. Aspek-aspek ini diteliti untuk melihat perkaitannya dengan masyarakat. Seterusnya, penganalisisan teknik penceritaan pula merangkumi teknik pemerian, tuturan yang terdiri daripada dialog, monolog dan monolog dalarnan seterusnya imbas kembali, imbas muka, ketegangan dan kejutan. Teknik-teknik tersebut mempunyai fungsi masing-masing dalam memperkembangkan plot cerita

    UNSUR FANTASI SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN DALAM SASTERA KANAK-KANAK

    Get PDF
    Fantasi merupakan salah satu unsur yang sering terdapat dalam sastera kanak-kanak. Pada umumnya fantasi bermaksud imaginasi, angan-angan atau khayalan. Unsur fantasi mempunyai fungsi tersendiri dalam sastera kanak-kanak namun sering dibahaskan oleh segelintir masyarakat. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk menganalisis peranan unsur fantasi dalam sastera kanak-kanak. Lantaran itu, untuk memantapkan lagi kajian pengkaji telah menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 360 orang kanak-kanak mewakili setiap zon di Malaysia dipilih secara rawak untuk meninjau pandangan mereka akan peranan unsur fantasi sebagai medium pengajaran. Pada masa yang sama pengkaji juga menggunakan kaedah lapangan untuk meninjau pandangan 360 orang ibu bapa secara rawak yang juga mewakili setiap zon di Malaysia memandangkan peranan ibu bapa sangat penting dalam menentukan pemilihan buku untuk kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan cerita fantasi kanak-kanak mempunyai fungsi sebagai medium pengajaran seperti memaparkan pembentukan moral yang baik dan juga menjana pemikiran kreatif kanak-kanak. Kelompok kanak-kanak sebulat suara menyatakan mereka berminat terhadap buku cerita fantasi dan mereka dapat belajar sesuatu daripada buku tersebut namun berbeza dengan kelompok ibu bapa yang tidak sebulat suara bersetuju akan peranan cerita fantasi sebagai medium pengajaran kepada kanak-kanak. Kesimpulannya penyerapan unsur fantasi dalam sastera kanak-kanak adalah sesuatu yang universal dan unsur tersebut terdapat dalam cerita kanakkanak di seluruh dunia.    Fantasy is a common element in child literature. In general, fantasy means imagination or dreaming. Fantasy has its own function in child literature yet it is often debated by certain groups. Thus, the aim of this research is to analyse the role of fantasy in child literature. As such, the researcher focussed on field methodology for a more reliable outcome. 360 children were chosen at random representing every zone in Malaysia to survey their opinion on the role of fantasy as a teaching medium. Similarly, 360 parents were also picked at random representing every zone in Malaysia to identify the selection of books for their children. The outcome revealed that fantasy stories of children is closely related to the teaching medium such as cultivating moral values and creative thinking among children. The children unanimously supported that fantasy stories are more interesting and meaningful but the parents had a mixed opinion on this matter. In conclusion, the assimilation of fantasy elements in child literature is universal and these elements are apparent in the stories of children all over the world.&nbsp

    Kesinambungan warisan budaya masyarakat Melayu Pantai Timur dalam cerita rakyat untuk kanak-kanak

    Get PDF
    Cerita rakyat merupakan salah satu genre kesusasteraan yang berperanan sebagai ekspresi budaya masyarakatnya. Elemen budaya ini termasuklah peraturan, norma, kepercayaan dan gaya hidup masyarakat dahulu dan masih lagi menjadi amalan daripada generasi ke generasi seterusnya melalui pembelajaran dan warisan turun temurun. Meskipun begitu, telah banyak nilai kebudayaan yang telah terhakis ekoran dengan pembangunan dan perkembangan teknologi dan pendidikan. Walau bagaimanapun, masih ada yang menganggap apabila terus berpegang kepada budaya lama, masyarakat Melayu akan terus ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding bangsa lain. Tanggapan ini sedikit sebanyak turut menjejaskan kedudukan kesusasteraan rakyat sebagai produk daripada kebudayaan masyarakatnya hingga ke tahap membimbangkan. Walaupun begitu, budaya tetap tidak boleh dibuang atau dilupakan kerana di dalamnya terkandung sejarah ketamadunan sesebuah bangsa untuk dijadikan panduan sebagai persediaan di masa hadapan. Oleh itu, dua objektif menjadi tunjang kepada penelitian ini iaitu mengenal pasti dan menganalisis kesinambungan unsur budaya yang masih wujud di kalangan masyarakat Melayu melalui cerita rakyat untuk kanak-kanak. Analisis ini merujuk sepenuhnya kepada buku Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia selenggaraan Othman Puteh juga Aripin Said dan tumpuan hanya diberikan kepada cerita rakyat masyarakat Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia sahaja. Daripada penelitian yang dibuat, tiga unsur budaya dominan dapat dibahagikan iaitu kepercayaan, perubatan dan seni budaya ekspresif. Unsur-unsur ini masih lagi dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Pantai Timur kerana mempunyai nilai didikan dan nilai seni yang melambangkan diri anggota masyarakat Pantai Timur sendiri. Selain itu, elemen budaya yang terselit dalam cerita rakyat bacaan kanak-kanak ini mampu membuka minda generasi muda terutama golongan kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif

    Unsur konflik dalam novel Nenek karya Razali Endun

    Get PDF
    Makalah ini membicarakan konflik yang terdapat dalam novel Nenek. Novel ini memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2014. Kemenangan novel Nenek mencetuskan kontroversi kerana ada pihak yang tidak bersetuju novel tersebut diangkat sebagai pemenang. Objektif kajian ini adalah untuk mengklasifikasi dan menganalisis unsur konflik yang terdapat dalam novel Nenek dari perspektif humanistik Abraham Maslow. Novel ini memaparkan kisah manusia yang sering bertelagah dan berada dalam situasi dilema dan tidak dapat membuat keputusan yang tepat bagi menyelesaikan masalah. Mereka berhadapan dengan konflik untuk meleraikan masalah yang membelenggu hidup mereka. Konflik yang berlaku kepada watak-watak akhirnya dapat ditangani oleh mereka dengan bijak. Daripada penelitian, novel Nenek menyentuh beberapa aspek konflik seperti konflik individu, politik, ekonomi dan keluarga. Kajian mendapati Razali Endun berjaya memberikan gambaran tentang masyarakat kontemporari berdasarkan paparan konflik semasa dalam novelnya

    Perspective of Abdullah Munshi as the father of modern Malay literature

    Get PDF
    The Western colonization of the Malay world, especially by the British, had a powerful impact on Malay literature. This was consistent with the mission of the colonialists, whereby their presence in the colony would never be forgotten. One effort by the British that will always be remembered to this day is the division of Malay literature into two periods, the traditional and the modern, with the recognition given to Abdullah Munshi as ‘The Father of Modern Malay Literature’. Through two works by Abdullah Munshi, namely Kisah Pelayaran Abdullah and Hikayat Abdullah, Malay literature was introduced to a new literary convention that was ego‐oriented, critical and with themes other than fantasies or fables. Because of this ‘modernity’, Abdullah Munshi was ‘excluded’ by his own audience for challenging the old conventions that had been passed down. It was only almost half a century after his death that budding writers started to copy his writing model. Accordingly, several local and Western scholars emerged to express their views with regard to the recognition given to Abdullah Munshi as the ‘The Father of Modern Malay Literature’. Therefore, the objective of this study was to explain the views of those scholars and to analyse the factors that caused this difference in opinion. This study employed a descriptive method to explain how Abdullah Munshi’s image was created by the West and how the renewal of this lie disturbed the Malay rulers and the community. As a result, ‘The Father of Modern Malay Literature’ successfully fulfilled the goal of the West in Malaya despite the fact that it was offensive to Malay literature itself

    CERITA ADAM: ANALISIS DARIPADA PERSPEKTIF STILISTIK

    Get PDF
    Novel Cerita Adam merupakan novel yang telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) pada tahun 2004/2005 Kategori Novel Remaja, iaitu pengiktirafan yang bertaraf kebangsaan terhadap para penulis yang menghasilkan karya sastera yang bermutu. Novel ini mendapat pelbagai pujian dan komen yang muluk-muluk daripada pembaca dan peneliti sastera. Justeru, dalam makalah ini pengkaji akan meneliti dan menganalisis novel ini dari aspek stilistik. Tujuan kajian adalah untuk meneliti aspek bahasa yang digunakan oleh pengarang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa novel tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Namun pada keseluruhannya, novel ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dan boleh dijadikan bahan bacaan masyarakat, khususnya golongan remaja. Bahasa yang digunakan dalam novel ini mudah dan menarik, digabungkan dengan teknik penceritaan yang sesuai. Hal ini memudahkan golongan remaja memahami mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang. Penggunaan gaya bahasa, teknik penceritaan dan diksi yang sesuai sangat membantu pembaca memahami pemikiran yang cuba diutarakan oleh pengarang.    The story of Adam's novel is a novel that has won the Malaysian Prime Gift Literature (HSPM) in the year 2004/2005, namely teenage novel category recognizing the national standard against writers who produce works of literary quality. This novel received various compliments and comments grandiose than literary readers and researchers. Precisely, in this paper reviewer will examine and analyze the stylistic aspects of this novel. The purpose of the study was to examine aspects of the language used by the author. Adaptive study demonstrated that the novel has its own advantages and disadvantages. But on the whole, this novel has its own strength and may be used as reading material people, especially adolescent groups. The language used in this novel is easy and exciting, coupled with appropriate storytelling techniques. This makes it easier to understand message teen group that would be submitted by the author. The use of style, storytelling techniques and diction appropriate help readers understand the thinking that expressed by the author.&nbsp
    corecore